KISAH P.RAMLEE DISANTAU SEMASA PERSEMBAHAN BELIAU YANG RAMAI TIDAK TAHU DAN SESUATU YANG MENGJUTKAN BERLAKU KETIKA ITU. SIAPA SANGKA BILA DITANYA ILMU APA YANG P. RAMBLEE GUNAKAN INI JAWAPAN BELIAU BUAT LELAKI ITU MENYESAL SEUMUR HIDUP!

 

 

Siapa tak kenal arwah P Ramlee kan. Filem-filem yang dilakonkannya telah banyak menjadi hiburan membesar bagi anak-anak dahulu dan kini. Tapi ada satu kisah tentang P Ramlee yang tak ramai orang tahu. Arwah P Ramlee pernah disantau ketika melakukan persembahan di pentas. Apa yang jadi selepas tu amat mengejutkan. Ikuti kisah yang telah diterbitkan di The Patriot ini.

P RAMLEE DAN SALOMA BUAT PERSEMBAHAN DI SABAH

Pada tahun 1966, P.RAMLEE dan SALOMA telah diundang untuk mengadakan persembahan di Sabah bagi menghiburkan Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas menjaga sempadan Sabah – Indonesia berikutan pada ketika itu telah berlakunya konfrantasi di antara kedua-dua negara ini.

Kehadiran P.RAMLEE dan SALOMA disambut oleh beberapa pegawai atasan Angkatan Tentera yang bertugas disana. Semasa P.RAMLEE dan SALOMA sampai ke tempat persembahan, meraka berdua dikawal rapi oleh Angkatan Tentera Malaysia berikutan orang ramai turut hadir bagi melihat persembahan itu berasak-asak ingin bertemu P.RAMLEE dan SALOMA.

P.RAMLEE melakukan persembahan nyanyian seperti biasa dan sedikit lawak jenaka berseorangan (stand up comedy). Manakala SALOMA pula telah menyanyikan beberapa buah lagu.

P.RAMLEE dan SALOMA sangat teruja dengan sambutan yang mereka terima di SABAH, kerana bukan dikalangan anggota Tentera sahaja yang hadir melihat persembahan mereka tetapi dikalangan penduduk setempat juga hadir memberi sokongan.

ADA ORANG BERKERAS NAK JUMPA BELAKANG STAGE

Selepas selesai persembahan, ada seorang dikalangan orang biasa telah berjumpa P.RAMLEE di belakang pentas. Orang itu meminta izin untuk bercakap dengan P.RAMLEE secara berdua. P.RAMLEE terpinga-pinga sebentar kerana beliau tidak mengenali individu tersebut.

Tindakan individu itu telah dihalang oleh beberapa anggota Tentera yang bertugas. Tetapi setelah P.RAMLEE melihat kesungguhan orang itu maka P.RAMLEE bersetuju untuk berbicara dengannya secara berdua.

P.RAMLEE membawa orang itu disatu sudut dibelakang pentas untuk memenuhi hasratnya. Tetapi anggota Tentera tetap memantau daripada jauh supaya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku kepada keselamatan P.RAMLEE.

Apabila hanya P.RAMLEE dan orang itu sahaja berada disudut itu, P.RAMLEE bertanya kepadanya, ”Ada apa yang boleh saya bantu saudara?” Orang itu tidak menjawab lalu terus bertanya kepada P.RAMLEE, “Ilmu apa yang kamu gunakan?” P.RAMLEE terpinga-pinga seolah-olah tidak mengerti. P.RAMLEE bertanya kepadanya lagi, “Mengapa saudara bertanya begitu?”

Lalu orang itu menjelaskan:

P RAMLEE DISANTAU ORANG

“Sebenarnya semasa kamu melakukan persembahan di atas pentas sebentar tadi, aku telah cuba untuk ‘menghantar’ satu benda yang tidak baik kepada kamu. Tetapi ternyata barang yang cuba aku tujukan kepada kamu itu tidak ampuh ke atas kamu kerana aku saksikan tidak ada apa-apa yang berlaku kepada kamu semasa melakukan persembahan.”

Setelah selesai mendengar penjelasan dari orang itu, P.RAMLEE hanya tersenyum kecil. Orang itu telah berkali-kali memohon maaf kepada P.RAMLEE dan mencium tangannya. P.RAMLEE menasihatkan kepada orang itu supaya jangan diulangi perbuatannya lagi.

Kerana kita tidak tahu sejauh mana ilmu seseorang itu. Sejujurnya P.RAMLEE mengaku kepada orang itu yang beliau juga tidak tahu yang dirinya cuba disantau.

BERSERAH HANYA PADA ALLAH

Orang itu terus bertanya, “Ilmu apa yang kamu pakai?”, P.RAMLEE hanya menjawab tidak ada ilmu apa-apa cuma Allah melindungi saya. Setelah selesai mendengar penjelasan dari P.RAMLEE, orang itu pun berlalu pergi meninggalkan P.RAMLEE.

Ada beberapa anggota Tentera yang menyaksikan kejadian itu bertanya kepada P.RAMLEE apakah yang sebenarnya berlaku dan apa yang orang itu tadi mahukan. P.RAMLEE hanya menjawab yang orang itu adalah sahabat lamanya yang telah lama tidak berjumpa.

Sebenarnya perkara begini bukan perkara baru bagi P.RAMLEE. Semasa di Singapura beliau sering juga di uji dengan pelbagai perkara-perkara yang sedemikian.

P.RAMLEE juga pernah dikejar oleh samseng-samseng dikalangan pekerja kapal apabila beliau berlakon di dalam filem PANGGILAN PULAU, kerana bagi mereka kononnya P.RAMLEE ada menunjukkan beberapa adegan yang boleh mencetuskan tanggapan yang tidak baik kepada golongan pekerja kapal pada ketika itu yang sering kali disamakan dengan lanun.

Tetapi P.RAMLEE menjelaskan ini semua adalah kehendak pengarah filem itu sendiri iaitu S.RAMANATHAN dan beliau hanya berlakun sahaja. JASNI AHMAD (bapa Rosyatimah) adalah seorang yang berpengaruh ketika itu di Singapura yang sering kali mempertahankan P.RAMLEE sehingga tidak ada seorang pun dikalangan pekerja kapal yang berani menyentuh P.RAMLEE.

Sukardi (rakan karib P.Ramlee)
Ramli Ismail
Dato’ Ahmad Fauzee
Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik

Sumber : Hidir Ali Razali via The Patriots, Ais Limau

Kredit:http://katakpisang.com/menarik/cuba-santau-p-ramlee-semasa-persembahan-beliau-lelaki-ini-akhirnya-menyesal/

15 Tanda Terkena Santau, Jenis Santau & Cara Ubat Santau

15 Tanda Terkena Santau, Jenis Santau & Cara Ubat Santau | Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.
15 Tanda Terkena Santau, Jenis Santau & Cara Ubat Santau
1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.
Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
1. Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu
kecil seperti serbuk kaca.
2. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit
menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
4. Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
5. Lenguh seluruh anggota badan.
6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
8. Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
11. Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
12. Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
13. Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan
Islam.
14. Sentiasa sakit pada tulang belakang
15. Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)

Jenis-jenis Santau:

Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam).  Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.

Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.
CARA RAWATAN PERUBATAN:
1. Racun santau ini hendak dikeluarkan secara batin dengan keizinan Allah s.w.t.
2. Membaca ayat-ayat Al Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.
3. Minum air penawar dan madu lebah asli dan berdoa kepada Allah s.w.t untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.

SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT RACUN SANTAU:
(Sebaiknya pergi berjumpa guru /perawat dahulu sebelum melakukan amalan ini)

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:

1. Surah Asy-Syu’araa’ ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:

1. Surah Al-Israa’ ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Taha ayat 60 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

C. Amalan minggu kelima dan keenam:

1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-Ra’d ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

sumber
http://myhomesoil.blogspot.com/2013/07/info-15-tanda-tanda-anda-terkena-santau.html
http://quranhealing.blogspot.com/p/racun-santau.html
http://alqayyum2u.blogspot.com/2013/09/bahaya-santau.html

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *