Gadis kurang ajar maki ayah tak pandai pam tayar kereta

Satu prinstscreen oleh seorang pengguna twitter Farahsyazwanimj tersebar di media sosial menunjukkan gambar seorang perempuan dipercayai mahasiswa yang baru habis berkonvo dilihat memarahi ayahnya di sebuah stesen minyak Petronas.

Semuanya berpunca kerana ayahnya itu tidak pandai menggunakan pam angin pada kereta “Peugeot” milik gadis itu.

Ramai yang melihat screenshot tersebut melemparkan kata makian terhadap perbuatan gadis yang amat biadap itu.

Walaubagaimanapun, ada juga yang mempertikaikan kerana hanya sekeping gambar tidak mampu mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku.

Tips

Ini Cara Mandi Yang Betul Ketika Berpantang, Jangan Ambil Mudah

Selepas melahirkan anak, seluruh tubuh terasa lemah longlai kerana kehilangan banyak tenaga semasa proses melahirkan. Di tambah pula dengan rasa tidak selesa dan rimas dengan keadaan tubuh. Ini menyebabkan wanita mahu segera untuk mandi dan membersihkan diri semahunya.

Soal mandi memang nampak mudah namun sebenarnya wanita bersalin juga kena tahu ilmu ini untuk diri sendiri. Jaga dalaman tubuh kita!

Menurut petua yang dikongsikan oleh Puan Siti Aishah, daripada Pewaris Perbidanan Melayu Asli, nak mandi juga kena ada caranya supaya badan kekal kuat dan hebat secara dalamannya. Mandi berlebihan pun kurang sesuai katanya.

“Kalau ikut cara kaum cina, 30 hari mereka memang tak jumpa air. Bukan setakat basah rambut. Mandi pun langsung tak boleh. So, saya nak share cara bidan-bidan Melayu Lama. Aturan dan tertibnya.

1. Mandi waktu dhuha. Maksudnya biar matahari dah tinggi sedikit barulah mandi. Cuaca dah suam-suam. Kalau cara kak Ice, kalau masa tu memang musim hujan, sejuk memanjang, memang tak mandi la sepanjang hari tu. Key word dia, jangan lepas dah sedap mandi air suam… disebabkan suhu sekitar yang sejuk, tiba-tiba kita jadi menggigil lepas mandi. Bahaya tu. Takut tiba-tiba bentan menggigil.

2. Mandi air suam-suam panas untuk badan. Boleh mandi air rebusan daun herba. Kalau susah nak cari daun-daun, mandi je air kosong yang suam. Janji suam-suam panas. Jangan suam-suam sejuk. Banyak beza tu.

3. Untuk kepala…. WAJIB mandi air paip biasa. Jangan basuh rambut dan muka dengan air panas. Pantang 7 keturunan tu. Kalau dilanggar, ibu mudah kena pening kepala. Rambut mudah gugur. Kulit muka cepat berkedut. Amalan ni bukan untuk ibu dalam pantang je, untuk semua sebenarnya. Laki, perempuan, tua, muda semua boleh ikut petua ni. Saya dah biasakan anak-anak sejak lepas lahir lagi. Muka rambut memang air paip biasa. Badan je air suam.

4. Mandi jangan lama-lama. Paling lama 10 minit je.

5. Mandi orang pantang SATU baldi besar je. Bukan satu kolah. Satu gayung ratakan seluruh tubuh. Sabun puas-puas. Lepas tu gunakan air lebihan dalam baldi buat bilas sabun. Dah cukup.

6. Mandi sehari sekali. Wanita yang mandi banyak-banyak dan lama dalam pantang kita akan nampak kulitnya tak anjal. Even kurus… tapi kulit tak anjal. Muka sembap.

cara mandi semasa pantang, cara mandi orang melayu semasa pantang, pantang selepas bersalin, pantang mandi semasa bersalin, tatacara mandi semasa berpantang

7. Minggu pertama sebaiknya lap-lap je dulu. Dry cleaning. Ini kalau tak ikut pun tak apa. Anak no tiga, kak ice memang tak mandi masa minggu pertama bersalin. Rasa badan lagi selesa. Maksudnya fit. Tak mudah kena ketegur angin sejuk. Muka pun nampak firm cepat dari pantang anak pertama dan kedua.

So, inilah tip dan aturan mandi ibu dalam pantang. Cara bidan-bidan lama. Tak ikut tak dosa. Kalau ikut jadi lawa. Tepuk dada tanya jiwa.
So bolehlah ibu-ibu dalam pantang berlawa sikit. Jangan lupa pakai pilis di dahi. Nampak manis keibuan giteww!

Kalau tak melayu yang sambungkan seni warisan perbidanan Melayu, siapa lagi.

Sumber: Petua Ibu

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *